Selamat Datang ke Asian Renaissance

December 2nd, 2006

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Projek Asian Renaissance!

Projek blogging yang dikurniakan code name “Asian Renaissance” ini merupakan satu gagasan yang diterajui oleh segolongan cendekiawan muda di Malaysia yang kebanyakannya ahli-ahli teras thinktank pemuda Unit Pemikiran Politik, Institut Kajian Dasar (UPP-IKD), dengan hasrat membawa wacana baru dalam kehidupan generasi muda, memperkenalkan fahaman yang liberal dan kontemporari kepada warga dunia, serta memperbetulkan dasar-dasar pemerintah tempatan, serantau dan sedunia, sekaligus menyemarakkan lagi semangat perjuangan sejak terledaknya gerakan Reformasi pada 1998.

Anak-anak muda ini telah memilih untuk mencapai matlamat yang mulia ini menerusi kaedah blogging. Setakat ini, terdapat lapan blog yang menawan hati sudah dibina di bawah naungan Projek Asian Renaissance, iaitu Arhthoau, Che Yee, Eva, Emmanuel, Kian Keat, Mon See, ShinShin dan Yee Aun. Beberapa blogger dijangka menyertai barisan pakatan kita dalam masa terdekat.

Semua blogger-blogger aktif yang berminat untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan di ibu pertiwi yang tercinta ini dialu-alukan menyertai kita. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kita untuk keterangan lanjut.

Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh dan ribuan terima kaseh.

Latest Updates from Renaissance Bloggers